Wednesday, December 1, 2010

2 Minggu Sudah



Assalamualaikum W.B.T

Nur Khairunnisa binti Khairul Badri
kini sudah 2 minggu daa...
aku panggil si comel ni Anis...
Semoga sihat walafiat..


~sungguh lena tidur sayangku ye~


~Anis ditemani Pa~

Sungguh indah hidup ini dengan kehadiran yang teristimewa ini
Hari2 ku lalui dengan penuh kebahagiaan

~Alhamdulillah..Syukur~











Saturday, November 20, 2010

Dunia Baru



Assalamualaikum W.B.T

16 November 2010 merupakan hari yang bersejarah bagi aku sekeluarga kerana lahirnya insan baru ke dunia ini. Aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel seberat 2.90kg pada jam 6.30 petang sehari sebelum menyambut Aidiladha.


~Alhamdulillah~

Bersyukur ke hadrat illahi di atas kurniaan yg telah kau berikan kepada kami..
Cucu sulung bagi kedua2 buah keluarga..
Terutama sebelah keluarga Badri belum mempunyai anak perempuan..
Jadi terubat la hati seorang nenek ngan datuk yang ingin mempunyai anak perempuan..
Insyaallah nama diberi Nur Khairunnisa binti Khairul Badri..

Aku tak kisah nama macam orang dulu2 pun..
Asalkan maksudnya baik2...
Seperti korang tahu maksud dia cahaya sebaik2 wanita..
Aku akan memberi didikan yang terbaik untuk si kecil ini..
Kata orang menjaga anak perempuan lagi susah daripada menjaga anak lelaki..

Dunia yg semakin mencabar ni tidak kira lelaki atau perempuan
 semuanya sama untuk menjaganya...
Sebenarnya bergantung kepada ibu bapa tu sendiri, 
kalau mereka ajar anak2 mereka dgn baik terutama didikan agama dari kecil
ia tidak menjadi masalah...

aih..macam karangan bahasa melayu plak aku duk karang..
hahaha...
nanti la aku upload latest punya pic anak aku

~bye bye~


Friday, September 17, 2010

Tahun Pertama Raya Bersama Keluarga Suami



Assalamualaikum W.B.T

Meh la singgah sini tengok gambar2 hari raya tahun ni..
Tahun ni agak kelainan cket pasal raya bersama suami..
Rumah dekat toksah duk risau la nak balik mana dulu...kikiki
Tak sampai sejam kot sampai rumah mertua nih..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!!


~ni En. Khairul Knen..abg sulung Badri..kot ye pon terliur kek yg sedap tu, toksah lah duk tenung sampai tembus agaknya kot..hahaha...~

~haa..ni la die empunye kek tu, birthday skali ngan hari raya..ni adik bongsu Badri, family panggil Adik~

~ni Cik Aroh, Mok Teh dan Ammy, masih cun yer~

~Khairul Knen ngan Fizie~


~Daniel & Faris..diorg ni la yg ade kat kampung..ade diorg bising la cket..yg len sume duk luar jauh2..time event pape baru la balik kampung~


~si kecik yg handsome bersongkok~


~sambil makan tu posing la kejap..mane Badri n Yus yer...baru nampak dari td~


~ni family Pok Luk & Mok Su...sedondong hari raya ni, kat tepi semak pn jadi la..janji cun~

~aih..ape yg lucu sangat tu yer sampai duk tergelak lagu tuh~

~kot ye pon hari raya satay banyak, jgn le sampai wat lari satay tu erk makan tengah jalan~

~ni la Family Badri..ni tak sume yer..ramai lagi yang takde...next year bertambah lagi insyaallah~

~ala..Mok Su pun dapat duit raye ker...ini tidak adil~

~so sweet..ni Dato' n Datin...hehe...romantik gitu...sempat agi tukar baju yer..sebelum ni color merah..ish2~


~time ni sume duk berkunjung ke rumah Cik Aroh..meriahnyer...~

Semua dah di upload tapi cari punye cari tak jumpa la mana pegi gambar aku bersama Badri...huhu...takde rupenye...ade simpan kat tempat lain kot...takpe lain kali plak aku upload gambar cun kami...Semoge ikatan persaudaraan antara kite semua semakin erat hingga ke hujung nyawa...

~Amin~


Tuesday, July 20, 2010

Jom Jalan-jalan

Assalamualaikum w.b.t

Kat sini aku nak bercerita cket pasal aku pegi  kay ell 2,3 hari lepas...
Aku pegi pasal ade reunion Badri ngan geng  kmkn die dulu hari sabtu 17 Julai 2010
Pada waktu yang sama ade la sorg member universiti dulu yg 
buat reunion kecil2 sambil meraikan hari perkahwinan mereka
ermm...aku sebenarnya berhajat jugak la nak pegi malam tuh,
siap dah bungkus hadiah untuk diorang
last2 tak jadik pon pegi
pasal tak sempat, lagipun malam tu mak sedare aku ajak pi jalan2 kat tempat len
malu jugak sbb petang tu aku jumpe 2 org member yg akan pegi malam tu jugak
diorang ade suruh kitorg pegi je kat sana tu
Tak tau la diorg kecik hati ke tak...
agak2 diorg pikir ape erk dah pegi sane tapi tak pegi pun majlis diorg??
ermm...biarkan je...toksah duk pikir2 sngat...
Sampai skrg aku tak bagi pun hadiah tu kat diorg...

Tapi ade satu tempat ni aku suke jalan2 kat sini

nak tahu tempat apa??


~jauh berjalan time ni~


~sonok rase erk En. Bad~

ala...taman kat putrajaya je pon...

tapi serius la aku suke pokok2 yg ade kat situ...
nanti nak suh En. Bad tanam kat umah boleh??

 huhu..tapi rumah pun takde lagi
masih duk umah orang tua lagi...
lain kali bawak la lg datang sini erk...
time ni aku pregnant dlm 5bln stgah kot..
tapi kuat tak kuat aku jalan keliling bukit tuh..
woww...
hahaha...
esoknya aku demam daaa....
padan la muka aku....

~daaaaaaaa..........~

Saturday, May 29, 2010

Berkelah di Air Terjun Sekayu Hulu Terengganu


Selamat petang!!
...............................................................................................................................
Baru2 ni aku ade pegi berkelah ngan family kat Air Terjun Sekayu. Bestnya tak tau nak cakap camne dah...
My mom kalau cakap je nak pegi berkelah semangat je nak buat tu buat ni..
hari tu diorang berpakat la nak bakar ikan, ayam, pape la mende yg boleh dibakar la...hehe...
budak2 ni kalau dah sampai sane dah tak layan dah makanan ni...yang kene hidupkan api sape lg kalu bukan mak aku...huhu..


...........................................................................................

dah berejam dah budak2 tu berendam kat dalam air tu tak hingat dunia...aih...dari jauh duk sound ikan dah masak ker? huhu...tau nak makan jer...mulalah tu kelaparan....
tapi mak aku ni suke benar tengok gelagat anak2 diorang


...............................................................................................

mai la tengok mak aku yang cun ni duk bakar ikan...


~hangus ikan tu nanti duk posing sangat~


~ni dia wat2 rajin bakar ikan~


~yg ni lagi la tak hingat dunia~

................................................................................................................................

Haa..ni la bebudak yg aku duk ckp tu...mandi penat2 pastu naik terus makan jer...hehehe....


~Ya Ampun ramainya...tapi ni bukan family aku sume..dah campur2 dah. Dah la tempat kecik jer...~


~ala tomeinye...ni adik bongsuku~



~ni adik aku yg keempat ngn ma aku, ni posing sebelum balik...sempat agy kot~


Friday, May 28, 2010

Omong Kosong

Hari ni pertama kalinya aku nak menulis blog setelah sekian lama aku x update...bukan la tak ade mase nak luangkan kat sini tapi sikap "malas" tu la susah nak update ye...ermm, kalau korang bukak blog ni mesti tertanya2 sape empunya blog ye?? Badri ke Yus ke?? sebenarnya kami suka berkongsi...hehehe...sampai facebook pun akaun yang sama, orang cakap tak ade privacy la kan kongsi 1 akaun..ala, apa la sangat nak dirahsiakan erk...Lagi la best kn kalu gitu, kurang2 die tahu ape aku buat n aku tahu apa die buat..eh, control ke? mana ade...tu bukan control la...

Dulu2 masa glemer dengan Friendster tak de lah kongsi akaun, dulu belum kahwin lagi, masing2 wat hal masing2 la. Sekarang dah berumahtangga lain plak cite orang yang dah kahwin ni..Masa ni aku pregnant dalam 3 bulan kot...yela pregnant anak pertama n pengalaman pertama dapat aku lalui ni best sangat. Badri plak excited gile bila tahu wife die pregnant.

Aku selalu dengar org pregnant ni 3 bulan pertama kuat betul alahan die tapi aku Alhamdulillah Allah s.w.t bagi aku sihat. Ada sampai tak boleh bangun tau kalu aku jadi macam tu tak pergi kerja la jawabnya aku yer... Nak kata tak de langsung taklah ada cket2 macam tak boleh bau nasi putih tu...time tu aku juz makan roti, mee, selain nasi putih la. Banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita sampai esok pun tak habis. Aih..ntah pape la aku duk merepek ni ye...ermm..k la..

fullstop~~


~Jom Makan~


Monday, March 1, 2010

Bajet 2010

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan.

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.

* Mulai 1 Januari 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan.

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik.

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP.



Sumber : http://myadha.blogspot.com/

Saturday, February 27, 2010

Kenangan di Pulau Langkawi

Salam sume...hari ni aku ade upload gambar masa aku pegi Langkawi pada 19 - 22 Februari 2010. Time ni aku baru je selesai adakan majlis perkahwinan, konon2 la nak pergi honeymoon yang jadi moneymoon ada la..apa tak nya beribu ringgit habis duit kat situ...Setengah orang nak pegi honeymoon kat Pulau ke mana2 la yang bukan tempat shopping...hahahaha....
Maybe aku first time sampai sana kot, tu yang excited duit banyak yang habis tu. Duit macam air kot...
tak pe yang penting enjoy!!



Selamat Datang ke Tasik Dayang Bunting


Selamat Datang ke Tasik Dayang Bunting


~Muka takut air laut ni~


~Aku dan Dia~


~pinjam kereta orang nak posing~


~Gayat jugak le duk atas~


~biasa le org baru kahwin...hehehe....~


~@ Cable Car~


~@ Dataran Helang~


~Kenangan yang indah ~


Selamat Berhibur!!!


Friday, February 26, 2010

Majlis Perkahwinan Badri & Yus

Saat yang dinanti2kan 13 Februari 2010 adalah hari paling bahagia buat kami berdua. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberkati majlis ini. 
Aku sendiri pun tidak menyangka perkenalan kami sampai ke jinjang pelamin, hehehe... Kami kenal agak lama jugak la dari tahun 2006 bulan julai kot kami mula couple..masa ni couple main2 jela bukan serius mana pun..couple time belajar kat Universiti la katakan, belajar pun satu kulah satu course. Cinta pandang pertama ke? rase tak kot...masa couple dulu2 nak jumpa malu2 konon hahaha...dulu Badri ni suka tolong beli tiket balik kampung, kemudian balik sama2...tak payah la erk cite...nanti simpan cite kat anak2 plak ye...

~Cover Majalah Pengantin bulan februari..hehe..~

~Menanti sebuah kebahagiaan~

~Sesi menyarungkan cincin dan rantai tangan~

~posing jer~

~Renungan yang menusuk di kalbu..haha..pewitt~

~Forever---Love you so much~


Tapi satu je betul2 aku tak perasan tarikh pertunangan ngan majlis perkahwinan kami adalah hari dan bulan yang sama. Memang tak pernah nak plan pun sebenarnya tapi ok la kan mudah ingat kot pasni nak sambut ulang tahun perkahwinan skaligus jer...

Friday, January 1, 2010

Kad Jemputan Majlis Perkahwinan

Kad yang tak seberapa cantik kot tapi bagi aku cantik...sape yang nak puji kalu bukan tuan empunya diri..hehehe...

~13 Februari 2010 Majlis akad nikah dan bersanding cket2 kot..
~16 Februari 2010 Majlis sambut menantu...



~Selamat Pengantin Baru~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...