Monday, August 13, 2012

Alhamdulillah...Rezeki Anak!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini aku rasa bagaikan mimpi lagi setelah semalam mendapat panggilan telefon daripada seorang Kontraktor pembinaan rumah mesra rakyat yang aku mohon sebelum ini. Petang semalam En. Azlan yang menandatangani kontrak pembinaan rumah tersebut telah melawat tapak pembinaan rumah itu.

Aku terkejut kerana surat perjanjian yang kami tandatangani dulu masih belum sampai sedangkan En. Azlan datang menyatakan dia hendak membina rumah itu dalam masa terdekat ini. Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat illahi kerana Engkau telah melimpahkan rezeki kepada kami anak beranak.

Tetapi aku sedikit kecewa kerana rekabentuk yang telah ditetapkan itu bukan pilihan kami. Kata En. Azlan rekabentuk ini adalah yang terbaru dengan keluasan 1000kps berbanding sebelum ini 800kps lebih. Walaupun begitu, kos pembinaan tersebut semakin berkurang adalah lebih kurang rm 10,000 lebih.

Kalau difikirkan semula dengan kos yang rendah, pembinaan itu adakah elok atau tidak? Mestilah tidak elok kalau diperhatikan dengan rekabentuk yang semakin 'simple'. Aku banyak mendengar komen-komen penghuni rumah tersebut tidak berpuas hati dengan struktur pembinaan itu.

Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana bukan mudah untuk mendapatkan rumah pada zaman sekarang. Kehidupan aku yang bersederhana ini cukuplah kami anak beranak memiliki rumah mesra rakyat yang tak berapa mesra alam ini.

Sekian, Papaiiii.............   














Thursday, August 9, 2012

Pedih Hati

Hari ini dah 20 Ramadhan, rase sedikit kepenatan dalam tubuh badanku. Kenapa ye perasaan hari ini pelik, seperti hati dicucuk-cucuk dengan benda tajam ataupun aku letih tidak cukup tidur? hermm...rasa semalam tidur dah awal dari yang biasa.

Hati rasa gelisah tak tentu pasal, buat kerja pun seperti terpaksa seolah-olah ada sesuatu yang belum sempurna hari ini..fikir..fikir dan terus fikir ni..

Jam dah menunjukkan pukul 11.00 pagi..Aku dah semakin tiada mood nak sambung kerja ni..Aku memang nak tunggu jam 2.30 petang, tak sabar nak balik rumah tengok puteriku sayang.

Anis..Anis..Ibu rindukan Anis. Ibu tahu Anis tak sedap badan hari ni. Badan Anis panas dari semalam lagi. Ibu harap demam Anis tak melarat ye. Ibu tahu anak ibu sangat kuat orangnya.

~Anak Ibu yang comel~

Wednesday, August 8, 2012

19 Ramadhan

Selamat Pagi 1Malaysia...


Hari ni sudah 19 hari umat Islam berpuasa..
Sedar tak sedar je dah hampir menyambut bulan syawal..
Baju raya aku belum siap lagi
tempah 4 pasang, empat2 jugak la belum siap..
tak meraya la aku tahun ni...

Baju suami belum beli lagi
hajat dihati nanti dapat Bonus Raya dari Menteri Besar baru nak beli
Baju Anis pun tak beli lagi, tapi...
Berlambak dah dalam beg pakaian untuk baju yang belum dipakai..
hermm...cucu nenek katakan..
semua baju tu nenek dia yang hadiahkan..
cantik-cantik semua...
lupa plak nak ambil gambar-gambar baju si comel tu...

Insyaallah..kalau sempat hari sabtu ni pergi shopping2..
Kompem jem gila jalan ke bandar nanti..
redah jela nak buat macam mana lagi...

Sekian saje la...


Sunday, August 5, 2012

Tempahan Hari Raya

Sempena Hari Raya Tahun Nie... 
Jom Pakat-Pakat Order Kerepek Raayaa...

Maruku
 1 Bungkus RM 10.00

Karipap Mini
1 Bungkus RM 10.00

Kerepek Ikan Bilis
1 Bungkus RM 10.00

Satay
Satay Ayam Mentah + Kuah RM 48.00
Satay Ayam MAsak + Kuah RM 53.00


Jika Ada Yang Berminat Boleh Menghubungi :
Yusma 013-9726798
Badri 013-9338879








Wednesday, August 1, 2012

Ada Gaya Tak???

Haa...kalau lihat gambar di bawah ni nampak macam anak sudah 2 orang kan...Mungkin Anis pun tak sabar mahukan adik baru ya.

~ Dah boleh tambah anak ni~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...