Wednesday, August 1, 2012

Ada Gaya Tak???

Haa...kalau lihat gambar di bawah ni nampak macam anak sudah 2 orang kan...Mungkin Anis pun tak sabar mahukan adik baru ya.

~ Dah boleh tambah anak ni~



Tuesday, May 15, 2012

Puasa Sunat Hari Selasa..Pelik Ke??

Alhamdulillah dah nak hampir waktu berbuka...

Hari ni Selasa, Insyaallah selamat puasa suami aku...

Tak pelik pun nak puasa hari apa-apa sebenarnya. Semalam hari isnin tak nak puasa plak kan. Semalam badri dah nak puasa lupa plak die ada game badminton petang tu, malas la agaknya kot.

Jadi hari ni die temankan aku berpuasa, aku macam biasalah puasa ganti confirm tak habis lagi. Penat betul puasa hari ni dengan cuaca panasnya, dugaan betul la. Harap Abg tak berbuka puasa la, dalam kepala macam2 duk fikir nak makan apa berbuka nanti.

Baru sikit puasa, nanti bulan ramadhan sebulan kita berpuasa tau la macam mana rasa dengan cuaca yang panas sekarang ni.

Bulan Rejab tak lama lagi, nanti mai la sama2 kita puasa sunat bulan rejab. Banyak betul pahala puasa sunat bulan rejab nanti tau.


Sunday, May 6, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Salam semua yang terbukak laman blog ni...

Hari ni hari Ahad 6 Mei 2012, kalau diikutkan perancangan asal, aku ada di Negeri Johor hari ni dan semalam. Semalam majlis perkahwinan member aku Marha Hamzah, aku tak dapat hadir majlis tu. Oleh kerana ibu mertua aku telah dimasukkan ke hospital seminggu yang lepas aku terpaksa batalkan semua perancangan tu. Aku dah siap booking bilik kat sana, tapi tak mengapa kesihatan ibu bapa lebih penting dari tu. Mak aku disyaki mengidap penyakit Tibi. Alhamdulillah penyakit tu tak ada sebenarnya, hanya disyaki sahaja. Apa-apa pun tahniah buat Marha yang telah berjaya melangsungkan majlis korang tu. 

Satu lagi masalah yang memang tak dapat nak selesaikan hari ni, iaitu masalah keboringan yang amat. Maklumlah semalam hari wesak, jadi cuti digantikan hari ahad. Ya Allah, boring sangat2 tak tahu nak buat apa, kalau diikutkan boleh tidur dari pagi sampai ke petang nih, dengan cuaca yang agak mendung sedikit. Jadi,aku tulis la apa aku nak tulis kat blog aku ni. Kalau ada orang baca mesti orang cakap cerita yang tak tahu apa bende pun. apa pun tak boleh...huhuhu...

Biar la..blog aku, suka hati aku la nak merepek apa pun. hahaha...ermm...petang ni pegi hospital melawat mak aku. ok la...chow dulu la...

Salam.

Friday, April 13, 2012

Majlis Cabutan I-Pad

Semalam aku kena menghadiri majlis konvensyen media sosial 1Malaysia...Jadi aku tak payah masuk office dah seharian tu..before tu aku dapat surat la yg aku kena pergi, dalam surat tu suruh pakai seluar slack ngan kemeja bagi perempuan...aku tak kisah pun pakai seluar sebenarnya tapi biasa pergi office pakai baju kurung je pun...

Pagi sebelum pegi tu aku bersiap la iron baju kemeja tu, ermm...Tetiba plak Badri suruh tukar pkai lain..apa tak nya merajuk la aku..geram betul...nanti sampai sana aku sorg je kot pakai cam len...aku pun pegi sebab konon2 ade cabutan bertuah I-Pad...oih...sape tak nak kan??? huhu..lagipun diwajibkan hadir..
Siap la jugak aku ni pakai apa ingat???

hehehe...jubah tau...sampai2 je sorg2 duk pakai camtu...malu jugak....tapi nak buat camne dah pakai pun takkan nak balik salin lain plak ye...lepas daftar tu dapat la t-shirt sehelai sorg nak bagi nampak seragam semuanya...

sebenarnya takde ape pun program ni..yela, dekat2 nak mengundi ni macam2 la program nak di buat untuk kempen...dah la ceramah semua bab politik...aku kurang berminat betul la...dalam hati konon2 nak merajuk lagi la ngan Badri ni pasal buat aku malu sorg2..hahha

tunggu punya tunggu cabutan dah dibuat...aii..semuanya orang2 die je yang dapat mana geng2 kitorg ni..kurang2 aku ke Badri ke dapat i-pad tu...huhuhu...

ces, tertipu rupanya...semuanya orang dia je yang dapat...
mana peginya borang aku tu?? mesti la tak sempat nak potong keratan untuk dimasukkan dalam kotak cabutan tu...penat betul tunggu sampai habis..hahaha..mengharap betul aku...
nanti la beli sendiri bila duit banyak..sediss

tu la ceritanya masa hadiri majlis tu..
melepas aku...

Wednesday, March 28, 2012

Bajet 2012

BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.
* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.
* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.
* Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.
* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.
* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah.
* Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global.
* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016.
* Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.
* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.
* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.
* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.
* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selamalima tahun.
* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.
* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012.
* Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.
* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA.
* RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.
* RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
* Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".
* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta.
* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.
* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia).
* Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.
* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
* Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.
* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
* Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.
* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.


Sumber : http://myadha.blogspot.com/

Friday, March 23, 2012

Doa Ringkas Selepas Solat

 


Maksudnya  : 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...