ASSALAMUALAIKUM
W.B.T...
Alhamdulillah
dah lepas pun temuduga untuk jawatan pembantu makmal gred C17. Pada hari
selasa, 12 Ogos 2014 baru2 ni dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.
Perkongsian sikit banyak pengalaman temuduga dengan SPP. Waktu sebenar temuduga
adalah pukul 10.00 pagi tapi masuk dalam pukul 12 tghari lebih jugak la.
Ada
4 jawatan sekaligus masa tu, pembantu tadbir, penyelia asrama, driver dan
pembantu makmal. Ok abaikan, jawatan pembantu makmal ni masuk by group adalah
dalam 5 orang. Group aku yg second last tinggal 8 orang, so 4 orang 1 group.
Sebelum
tuh nak pesan dokumen yang spp mintak tolong la lengkapkan dan susun elok2
dalam file folder.
p/s:kalau
tak ikut prosedur ni tak pasal2 mood nak interview tu hilang sebab kena marah
dgn urusetia spp.*garang betul..hehe
Antara soalannya:
1).
Perkenalkan diri, background family, study dan pengalaman kerja.
2).Nyatakan
kenapa kami harus mengambil anda bagi menjawat jawatan ini. Yakinkan kepada
panel bahawa anda bla..bla..bla...
3).
Nyatakan Prinsip Rukun Negara.
4).Nyatakan
Ibu Negara bagi 3 negara tersebut..(Asia je…cth:Brunei..Thailand..Filipina)
5).Nyatakan
Tugas Pembantu Makmal.
6).Senaraikan 10
jenis alat radas di makmal sains.
7).Situasi:Anda
ditempatkan di sekolah baru, makmal sains sekolah anda masih kosong. Apakah
langkah2 yang perlu dilakukan supaya makmal tersebut dilihat seperti Makmal
Kimia, Fizik, Biologi.
8). Last sekali ditanya,
ada apa2 yang nak dikongsikan dengan panel?
p/s:masa
ni cuba la banyak sikit bercakap, promote diri yang anda memang minat dengan
jawatan ni. Kalau dapat panel spoting, dia akan bagitahu tak payah nak cakap
skema2 sangat lah..santai2 je..biar friendly..
Kepada yang ada
sijil diploma, ijazah atau lain2 sijil pasti ramai yang confuse nak letak dalam
folder atau tak. Kalau ikut temuduga baru2 ni, masa check dokumen tu pun
urusetia dah bagitahu pihak spp tak kisah dengan sijil2 tersebut. So,ikut
pengalaman diri memang confirm2 dah letak dalam folder tu. Berserah pada Allah
Swt apa keputusannya nanti, yang penting adalah kejujuran.
Setakat ni saje
yang nak dikongsikan kepada yang cuba google “soalan temuduga pembantu makmal
c17”.
Selamat Maju Jaya. Tahniah
kepada yang terpilih nanti.