Monday, June 27, 2011

Cameron Highlands


Assalamualaikum W.B.T

3 hari 2 malam ke negeri Perak Darul Ridzuan
Menghantar rombongan pertunangan anak Cik Aroh
sepupu kepada Badri
Sebelum sampai ke Perak singgah dulu ke Cameron Highlands
tapi tak puas pegi sana pasal sekejap sangat..


~hai...senyum~

~panas terik daa..bersinar2 muka~

~sini pun nak control jugak~

~Anis ngn Pok Su, ade juga yg menyibuk kat belakang~


Tapi selepas sudah majlis bertunang tu aku ngan family pegi ke Cameron lagi. hahaha...orang lain duk kemas barang nak balik dah...kitorang singgah semula pasal tak sempat tidur satu malam...
haaa...dapat tidur  satu malam kat Hotel cukup bagus...
dapat merasai jugak la kesejukan pada waktu malam...


~suka hati tengok Anis duk ketawa~

~Anis nampak bulat la~

Gambar yg di bawah ni la kitorg berarak membawa barang hantaran tak tau dah berapa bilangan die..nampak macam banyak jer..takpelah tak tau bilangan die yg penting ade dalam gambar.
hehehe...gurau ajer...


~sorang pandang dengan marah sorang duk ternganga~

~tak payah control dah cun~

~nampak jugak muke yg tengah pegang hantaran~

Selamat sudah pertunangan antara Rizal & Su (tu je nama yg aku tahu) hahaha...
nanti kahwin bile plak ntah yer...
kahwin tahun depan bleh pegi lg skali cameron highlands tuh...
suke suke suke...
dengar2 kata bulan 6 tahun depan...
ade chance lg la ni...

ape2 pun Insyaallah

kalau xde aral yer...

~TaMaT~


Monday, May 23, 2011

Singgah Mcdonalds


Aku dah genap 25 tahun hari ini..
23 mei 2011
Sempena hari lahirku 
Badri membawa aku ke Mcd 
Mesti ade dibelakang sana 
yg cakap kenapa bawak pegi mcd je
takde tempat lain ker yg special??

Bukan takde, tapi tu aku sendiri yg bersetuju 
sebab malas nak pikir byk2
dah la letih balik kerja
huhuhu...
 Lagipun dah lama tak pegi mcd ni
rindu masa belajar dulu2 selalu pegi ngan member2 rumah

~bawak Anis sekali...comel anak ibu sambut besday ibu~

Ni ade sekeping gambar aku pegi sane...
Aku suke sambut bertiga macam ni
kurang2 suami aku hargai aku
Hadiah yg die beri pada aku time ni kasut berjenama Polo
Thanks sayang...
sayang sangat sama Abg...

 ~Muahh~



Sunday, May 15, 2011

Majlis Menyambut Menantu

Salam 1Malaysia!!!

Semalam baru je selesai majlis perkahwinan adik dan abg iparku...
iaitu pada 14 Mei 2011...
Majlis yg sederhana ini dimeriahkan lagi dengan DJ yg memutarkan beberapa jenis buah lagu nasyid dan lain2 lagu sempena menyambut pengantin baru...

~Pengantin perempuan tiba pukul 1.00 tengahari~

~rajin betul anak2 saudara Abah Li ni, tak kira kecil atau besar sume duk pakat basuh pinggang dan gelas~

~aku juz menumpang bergambar dengan pengantin jer..turn aku pun dah lepas..yg hujung kiri dan kanan tu tak lama lagi akan menyusul jugak tuh..kat tengah2 sume menantu Abah Li..duduk ikut susunan dah tuh...~

Menantu Abah Li ni sume sebaya je..takde yg tua dan muda..jurang usia pun takde la beza jauh ye...
Semoga hubungan antara kami ni erat hingga ke akhirnya..
Harap tiada hasad dengki dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain..
Hidup kite ni hanya sementara saje..
Kesenangan kite hari ini hanya dipinjamkan..
Buangkan la sifat angkuh dan sombong supaya ia tidak merosakkan hubungan kekeluargaan..


~Insyaallah~




Saturday, April 2, 2011

Meniti Kehidupan


Assalamualaikum W.B.T

              Hari demi hari anak aku membesar dengan baik Alhamdulillah, waktu ini Anis perlu sentiasa dijaga dengan lebih rapi. Anis dimandikan dengan air swam2 gitu supaya die tidak kesejukan, tidur pun didalam kelambu, terlalu risau buat seorang ibu apabila terdengar suara tangisan bayi yg terlalu suci itu. Siang dan malam aku berada disisinya untuk menjaga si kecil ini. 
                   
                   
~usia Anis baru sebulan~

                  Sungguh tenang hati kite apabila melihat raut wajah bayi ini kerana beliau adalah seorang yg suci, jauh daripada dosa. Mereka diluar sana kenapa la sanggup membuang bayi merata tempat tanpa rasa bersalah di hari esoknya. Anak kecil yg tidak berdosa itu la yg terpaksa menanggung derita. Sungguh kejam kn dunia sekarang...



~Ketika ini Anis berusia 2 bulan~

~pertama kali keluar berjalan ke pantai~

~bersama Pa kat Pantai Teluk Ketapang~

~Anis sudah 3 bulan yer~

~Anis 4 bulan yg comel~

~Anis belajar untuk meniarap, cute betul anak Ibu~

Jauh lagi perjalanan anak ibu ni..Ibu akan sentiasa disisi Anis untuk memberi kasih sayang yg sepenuhnya bersama Pa..


I Love U My Dear....




Sunday, March 27, 2011

Bajet 2011

Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:

1. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
2. Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
3. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. * Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
4. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
5. RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
6. RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
7. Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
8. Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
9. RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
10. Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
11. RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
12. RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
13. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
14. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
15. Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
16. Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
17. Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
18. Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
19. Menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
20. RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
21. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
22. Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
23. Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
24. Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
25. Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
26. RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
27. Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010.
28. Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
29. Pengecualian duti eksais 100 peratus ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh Orang Kelainan Upaya (OKU).
30. Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000.
31. Mengecualikan 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama.
32. Mengecualikan 100 peratus duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid.
33. Melaksanakan Program Latihan 1Malaysia dengan peruntukan RM500 juta di Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara.
34. Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.
35. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.
36. Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.
37. Menaikkan imbuhan Guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan.
38. Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada imam.
39. Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK dan Pengerusi JKKP, Tok Batin, dan Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800.
40. Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa dinaikkan dari RM30 ke RM50.
41. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
42. Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
43. Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember untuk tempoh satu tahun lagi.
44. Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
45. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450,000.
46. Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.
47. Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.
48. Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
49. RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
50. Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
51. RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
52. RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
53. Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
54. Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
55. Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
56. Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
57. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
58. Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
59. Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
60. Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
61. Mewujudkan “Portal 1Malaysia Pengguna Bijak”.
62. Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
63. Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
64. Melancarkan Dana Pencen Swasta.
65. Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
66. Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
67. Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
68. Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
69. Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
70. Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
71. Menyediakan empat buah bas sebagai Klinik Bergerak.
72. Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
73. Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.



Sumber : http://myadha.blogspot.com/

Saturday, March 19, 2011

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul



Selamat Malam!!!

Kat bawah ni ade gambar cukur jambul Anis di majlis aqiqah

~waaa..kesiannya..rambut saya dah le cket..kene gunting plak~

~Aki tengah dukung Anis, Pa tengah pegang talang yg ade mangkuk berisi air~

 Macam ni la rupenye cukur jambul tuh..Nasib baik anak ibu tak menangis tengok orang ramai duk keliling si comel ni...Anak ibu memang terbaik!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...