Tuesday, January 8, 2013

Setia Hujung Nyawa

Sekarang musim drama tv3 menayangkan kisah-kisah cinta yang diadaptasi dari novel-novel yang glamour.

Fenomena ni dah melanda diriku...huhuhu.

Setiap hari isnin hingga khamis pukul 7 petang aku dah bersiap duk depan televisyen untuk menonton drama tu..


 

Novel Setia Hujung Nyawa adalah hasil karya Fatin Nabila terbitan alaf 21. 

Novel ni la yang diadaptasi dalam drama tu, kalau tengok cover depan novel ni sememangnya dapat menarik perhatian sesiapa yang membacanya kan...

Ersalina dan Zain Hakimi nama yang memang sedap didengari.




Cantik betul heroin dia kan. Aku memang minat sangat dengan watak yang Ersalina bawak tu. 

Ersalina seorang yang manja dan periang serta pandai mengambil hati orang lain. 




Tak sabar nak menonton episod seterusnya.....

Aku Hanya Ingin Bersamamu Kerana Aku Telah Terlanjur Mencintaimu...

Sunday, January 6, 2013

Janji Kosong

Assalamualaikum w.b.t..

Janji? Janji apakah itu...

Semakin hari semakin menyerap darahku...

Sepatutnya hari ini aku dah tinggal di rumah baruku...

Mengikut perjanjian dulu yang telah ditandatangani suamiku,

akhir bulan Disember 2012 sudah diserahkan kunci rumah...

Alhamdulillah rumah siap awal tahun ni walaupun tak semuanya sempurna...

Tetapi yang sedih kali ini kunci rumah belum diserahkan lagi...

Apa cerr??....

Tiap-tiap hari aku menelefon kontraktor tu untuk percepatkan semua proses penyerahan tu..

Semuanya sia-sia saje...

Katanya, bekalan air dan elektrik akan siap dipasang minggu ni... 

huhuhu...Kami terus menunggu dengan harapan semuanya siap, tetapi hanya bekalan air saja yang siap dipasang..

Bekalan elektrik masih belum dipasang kerana nak tunggu giliran katanya...

Tak sabar betul aku nak bersihkan rumah tu...

Entah bila boleh tinggal kat rumah sendiri agaknya...

Ya Allah permudahkanlah segala urusan aku...supaya cepat-cepat dapat tinggal di rumah tu...

Aku mengharapkan berita gembira untuk esok...

Amin!

Tuesday, January 1, 2013

Alaf Baru 2013

Salam

2013..

Pejam celik pejam celik sudah pun cukup setahun 2012..
Kini 2013 bermulanya hari ini...1 januari...gerun mendengarnya..
kerana umurku sudah meningkat lagi kepada angka yang lebih besar sikit..
Apakah azam baru untuk tahun ini...
Adakah semakin??? semakin apa yer...
Mestilah berazam daripada baik kepada yang lebih baik...
Harap rezeki tahun 2013 ni lebih banyak daripada tahun yang sebelumnya..

Hidup yang penuh dengan cabaran dunia..
Hiburan semakin bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan..
Sambutan tahun baru dengan konsert sana sini..
Seperti biasa pelancaran bunga api dilancarkan di malam ambang tahun baru..
Jam 12.00 tengah malam bermulalah pemuda pemudi yang bersorak, menjerit dengan sambutan itu..

Adalah lebih baik sekiranya kita berzikir, sujud syukur pada-Nya..
kerana masih diberi nafas untuk kita hidup di dunia ini..
Alhamdulillah..
Aku sekeluarga masih diberi peluang untuk teruskan hidup ini..
Aku bersyukur pada-Mu.


Friday, December 28, 2012

@Crepe Durian@

Assalamualaikum...w.b.t

Hurmm..crepe durian? Sekarang makanan paling popular dikalangan orang yang suka makan buah durian.
Aku sendiri tak pernah makan sebelum ni...tapi bila ber'facebook' ada je cerita member2 pasal kuih ni. Kalau dah start seorang yang duk cerita keenakan kuih ni pasti ada yang menyusul.
........Sedap ke???
memang sedap la bro...tak try tak tahu...Baru je aku tempah crepe durian dengan member yang menjual kuih ni..mahal kot bagi aku, kalau beli buah durian sebiji rm10 dah berapa ulas kat dalam tu...ni beli rm10 ada 5 biji ciput je isi durian yang dibuat inti tuh...

Orang cakap kalau makan lekat celah gigi je, tapi sedap punya pasal aku tak heran...Makan sampai menjilat jari. nyum nyum nyum...

~haa, nampak sedap tak~




~gambar zoom~
 
Itulah crepe durian yang popular sangat tuh...rugi kalau tak rasa dulu. Ada rasa macam makan ais krim je. Kalau nak buat ni senang je kot tapi cik las (malas) tu ada susah la.hahaha....

Sunday, December 16, 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan (1) Sekolah Berasrama Penuh 2013


Semakan boleh dibuat DI SINI.

Tahniah kepada yang berjaya.

Wednesday, December 12, 2012

Perkara Yang Membatalkan Solat


PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.

2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.

3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:

a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.

b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.

c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.

d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.

e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.

4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:

a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.

b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.

c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.

d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.

e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.

f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.

6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.

7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...