

Buah Kurma
Aku suka dengan artikel ni... Keluaran Harian Metro...
Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat
sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa
tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini.
Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar
mereka terhadap isu ‘lady driver’. Resah dan gusar apabila melihat si
gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa
orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu
wanita.
Mengikut pendapat jumhur ulamak
termasuklah imam Asy-Syafi'i sendiri, membaca Al-Fatihah di dalam solat
bagi makmum adalah satu rukun daripada rukun-rukun solat. Ini bermakna
tidak sah solat makmum itu jika ia berkesempatan membaca Al-Fatihah
tetapi ditinggalkannya dengan sengaja.
Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah
SAW bersabda: "Tidak ada solat (tidak sah) bagi sesiapa yang tidak
membaca Surah Al-Fatihah". Ini berbeza dengan pendapat imam Abu Hanifah
yang tidak mewajibkan makmum membaca surah Al-fatihah. jika anda membaca
agak lambat dan imam pula agak pantas sehingga anda tidak sempat
menghabiskan surah Al-Fatihah. Dalam hal ini sekiranya imam telah rukuk
anda merasakan anda boleh menghabiskan surah Al-Fatihah sebelum imam
sujud, maka hendaklah anda menghabiskanya.
Jika anda rasa tidak sempat berbuat
demikian, maka anda hendaklah rukuk bersama imam kerana bacaan imam akan
dikira sebagai bacaan makmum seperti juga kedudukannya orang yang
masbuk. Ini kerana dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan Rasulullah
SAW pernah menjelaskan: imam itu dilantik untuk diikuti oleh makmum
sekiranya ia rukuk maka hendaklah anda semua rukuk dan sekiranya ia
sujud maka hendaklah anda semua sujud. Bagaimanapun bagi sesetengah
ulamak Syafi'i seperti imam Nawawi orang terlibat luput rakaat pertama
dan ia dikehendaki menambah rakaat yang luput itu diakhir solatnya.
KEDUDUKAN imam dan makmum dalam solat jemaah seperti yang dipraktikkan
dan menurut sunnah Nabi Muhammad ialah imam ke hadapan sementara makmum
sama ada lelaki atau perempuan di belakang imam.
Menurut hadis, apabila baginda bangun untuk bersolat, kalangan sahabat bangun di belakangnya. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud).
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Anas: “Bahawa
Nabi s.a.w bersolat di rumah Umm Sulaim lalu aku dan Yatim berdiri di
belakangnya sementara Umm Sulaim di belakang kami.” (al-Zuhayli, 1985:
II: 245; trj. II: 261-63).
Itulah kedudukan suami sebagai imam dan isteri sebagai makmum dalam
solat berjemaah. Kedudukan imam dan makmum juga ditentukan berdasarkan
bilangan makmum dan jantinanya.
Antaranya :
1- Apabila terdapat hanya seorang makmum lelaki, lebih mustahab (sunat)
berada di sebelah kanan imam dengan membelakangkan sedikit tumitnya.
2- Jika makmum hanya seorang lelaki dan perempuan, lelaki hendaklah
berdiri di sebelah kanan imam sementara perempuan pula di belakang
lelaki itu.
3- Jika terdapat dua makmum lelaki, kedua-dua hendaklah berada di belakang imam.
4- Jika hanya terdapat seorang perempuan atau beberapa orang perempuan, dia
atau mereka hendaklah berdiri di belakang imam dengan tidak diselangi
antara mereka jarak tiga hasta.
(Sumber Daripada Harian Metro : Fikrah Dr Salam)