Sunday, January 20, 2013

Rebat RM200 Telefon Pintar




Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar. 
Terbuka hanya kepada belia yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.
Pendapatan bulanan belia mesti RM3,000 dan ke bawah.

Daftarlah sekarang!

Anda boleh mengisi Borang Permohonan  di sini.


Tuesday, January 15, 2013

Layan Movie "The Impossible"

"The Impossible"

Movie yang mengisahkan sebuah keluarga yang pergi bercuti di Thailand..

Perkara yang tak sepatutnya terjadi yang menimpa mereka...

Kejadian tsunami (ombak besar) yang melanda di tempat tersebut...

Begitulah kejadian tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004...

Sungguh menyayat hati...

Sesungguhnya kita masih diberi peluang untuk bertaubat...

Allah s.w.t. menurunkan apa saja bencana yang dikehendakiNya..

Kita sebagai makhluk Allah hendaklah sentiasa ingat padaNya...

Kita leka dengan kemewahan yang kita ada sekarang...

Apabila menyambut sesuatu perayaan biarlah bersederhana...

Tak perlu berpesta sana sini...

Pengajaran buat aku sekeluarga juga...

-Engkau Lindungilah Kami-

Wednesday, January 9, 2013

Rumah Idaman

Rumah impian aku...

Entah bila lagi aku dapat memiliki sebuah rumah banglo secantik ni..


 

Wah, besar sangat ni...Berapa juta agaknya rumah ni...

 

Rumah ni nampak kecik je..tapi sangat cantik dan simple saje..


 
 Nampaknya ini hanya koleksi sahaja untuk tatapan aku...



 Aku suka rumah yang cermin dia banyak dan besar-besar...

Rumah kat atas ni semua nampak macam simple sahaja...

Maaf la aku pergi google je terus jumpa rumah yang aku minat sangat...

Setiap hari aku berdoa supaya dimurahkan rezeki juga untuk kami sekeluarga...

Semua ni hanya koleksi peribadi aku...

Tuesday, January 8, 2013

Setia Hujung Nyawa

Sekarang musim drama tv3 menayangkan kisah-kisah cinta yang diadaptasi dari novel-novel yang glamour.

Fenomena ni dah melanda diriku...huhuhu.

Setiap hari isnin hingga khamis pukul 7 petang aku dah bersiap duk depan televisyen untuk menonton drama tu..


 

Novel Setia Hujung Nyawa adalah hasil karya Fatin Nabila terbitan alaf 21. 

Novel ni la yang diadaptasi dalam drama tu, kalau tengok cover depan novel ni sememangnya dapat menarik perhatian sesiapa yang membacanya kan...

Ersalina dan Zain Hakimi nama yang memang sedap didengari.




Cantik betul heroin dia kan. Aku memang minat sangat dengan watak yang Ersalina bawak tu. 

Ersalina seorang yang manja dan periang serta pandai mengambil hati orang lain. 




Tak sabar nak menonton episod seterusnya.....

Aku Hanya Ingin Bersamamu Kerana Aku Telah Terlanjur Mencintaimu...

Sunday, January 6, 2013

Janji Kosong

Assalamualaikum w.b.t..

Janji? Janji apakah itu...

Semakin hari semakin menyerap darahku...

Sepatutnya hari ini aku dah tinggal di rumah baruku...

Mengikut perjanjian dulu yang telah ditandatangani suamiku,

akhir bulan Disember 2012 sudah diserahkan kunci rumah...

Alhamdulillah rumah siap awal tahun ni walaupun tak semuanya sempurna...

Tetapi yang sedih kali ini kunci rumah belum diserahkan lagi...

Apa cerr??....

Tiap-tiap hari aku menelefon kontraktor tu untuk percepatkan semua proses penyerahan tu..

Semuanya sia-sia saje...

Katanya, bekalan air dan elektrik akan siap dipasang minggu ni... 

huhuhu...Kami terus menunggu dengan harapan semuanya siap, tetapi hanya bekalan air saja yang siap dipasang..

Bekalan elektrik masih belum dipasang kerana nak tunggu giliran katanya...

Tak sabar betul aku nak bersihkan rumah tu...

Entah bila boleh tinggal kat rumah sendiri agaknya...

Ya Allah permudahkanlah segala urusan aku...supaya cepat-cepat dapat tinggal di rumah tu...

Aku mengharapkan berita gembira untuk esok...

Amin!

Tuesday, January 1, 2013

Alaf Baru 2013

Salam

2013..

Pejam celik pejam celik sudah pun cukup setahun 2012..
Kini 2013 bermulanya hari ini...1 januari...gerun mendengarnya..
kerana umurku sudah meningkat lagi kepada angka yang lebih besar sikit..
Apakah azam baru untuk tahun ini...
Adakah semakin??? semakin apa yer...
Mestilah berazam daripada baik kepada yang lebih baik...
Harap rezeki tahun 2013 ni lebih banyak daripada tahun yang sebelumnya..

Hidup yang penuh dengan cabaran dunia..
Hiburan semakin bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan..
Sambutan tahun baru dengan konsert sana sini..
Seperti biasa pelancaran bunga api dilancarkan di malam ambang tahun baru..
Jam 12.00 tengah malam bermulalah pemuda pemudi yang bersorak, menjerit dengan sambutan itu..

Adalah lebih baik sekiranya kita berzikir, sujud syukur pada-Nya..
kerana masih diberi nafas untuk kita hidup di dunia ini..
Alhamdulillah..
Aku sekeluarga masih diberi peluang untuk teruskan hidup ini..
Aku bersyukur pada-Mu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...