Thursday, August 14, 2014

SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU MAKMAL C17 SPP

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Alhamdulillah dah lepas pun temuduga untuk jawatan pembantu makmal gred C17. Pada hari selasa, 12 Ogos 2014 baru2 ni dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut. Perkongsian sikit banyak pengalaman temuduga dengan SPP. Waktu sebenar temuduga adalah pukul 10.00 pagi tapi masuk dalam pukul 12 tghari lebih jugak la.

Ada 4 jawatan sekaligus masa tu, pembantu tadbir, penyelia asrama, driver dan pembantu makmal. Ok abaikan, jawatan pembantu makmal ni masuk by group adalah dalam 5 orang. Group aku yg second last tinggal 8 orang, so 4 orang 1 group.

Sebelum tuh nak pesan dokumen yang spp mintak tolong la lengkapkan dan susun elok2 dalam file folder.

p/s:kalau tak ikut prosedur ni tak pasal2 mood nak interview tu hilang sebab kena marah dgn urusetia spp.*garang betul..hehe

Antara soalannya:

1). Perkenalkan diri, background family, study dan pengalaman kerja.

2).Nyatakan kenapa kami harus mengambil anda bagi menjawat jawatan ini. Yakinkan kepada panel bahawa anda bla..bla..bla...

3). Nyatakan Prinsip Rukun Negara.

4).Nyatakan Ibu Negara bagi 3 negara tersebut..(Asia je…cth:Brunei..Thailand..Filipina)

5).Nyatakan Tugas Pembantu Makmal.

6).Senaraikan 10 jenis alat radas di makmal sains.

7).Situasi:Anda ditempatkan di sekolah baru, makmal sains sekolah anda masih kosong. Apakah langkah2 yang perlu dilakukan supaya makmal tersebut dilihat seperti Makmal Kimia, Fizik, Biologi.

8). Last sekali ditanya, ada apa2 yang nak dikongsikan dengan panel?
p/s:masa ni cuba la banyak sikit bercakap, promote diri yang anda memang minat dengan jawatan ni. Kalau dapat panel spoting, dia akan bagitahu tak payah nak cakap skema2 sangat lah..santai2 je..biar friendly..


Kepada yang ada sijil diploma, ijazah atau lain2 sijil pasti ramai yang confuse nak letak dalam folder atau tak. Kalau ikut temuduga baru2 ni, masa check dokumen tu pun urusetia dah bagitahu pihak spp tak kisah dengan sijil2 tersebut. So,ikut pengalaman diri memang confirm2 dah letak dalam folder tu. Berserah pada Allah Swt apa keputusannya nanti, yang penting adalah kejujuran.

Setakat ni saje yang nak dikongsikan kepada yang cuba google “soalan temuduga pembantu makmal c17”.

Selamat Maju Jaya. Tahniah kepada yang terpilih nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...