Sunday, October 7, 2012

Pendarahan Beku di Kepala

Khamis lalu (4 Oktober 2012) jam 12 tengahari aku dikejutkan dengan satu panggilan daripada adik lelaki aku yang memberitahu ayah terjatuh dari motorsikal. Ayah terus dimasukkan ke wad kecemasan yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali dalam keadaan tidak sedarkan diri. Setelah aku mendapat berita itu, aku bergegas ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk melihat bagaimana keadaan ayah yang sebenarnya.

Sampainya aku di Hospital, aku terus mencari ibu dan adik untuk bertanyakan hal ayah tetapi ayah masih dibilik kecemasan. Beberapa jam selepas itu kedengaran pengumuman yang memanggil waris kepada Ibrahim bin Embong untuk masuk ke bilik kecemasan. Ya Allah..aku tidak dapat menahan sebak melihat ayah dalam keadaan itu. Doktor memberitahu bahawa ayah ada pendarahan beku di kepala dan segera untuk dibedah sekiranya dipersetujui oleh ahli keluarga.

Ketika itu aku panik dan tidak dapat membuat keputusan apa yang harus dilakukan. Aku tidak tahu apakah jenis penyakit tersebut dan apakah kesan-kesan setelah membuat pembedahan itu..Ya Allah aku memohon kepadaMu memberi petunjuk kepadaku. Aku beristighfar dan tidak dapat berkata apa-apa dalam masa beberapa minit. Doktor sangat memberi tekanan kepadaku ketika itu sedangkan ahli keluarga lain masih tidak mengetahuinya, bagaimana hendak setuju dengan pembedahan tersebut.

Ya Allah Ya Rabbi...
Ya Allah Ya Rabbi...
Ya Allah Ya Rabbi...

Aku membuat panggilan kepada abang sulongku bertanyakan hal berkenaan ayah apakah yang harus dilakukan. Abang aku dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur yang berkursus selama seminggu terpaksa bergegas pulang. Abang bersetuju untuk membuat pembedahan oleh kerana aku memberitahu bahawa ayah segera dibedah sekiranya terlewat ia akan merebak sampai ke otak lagi membahayakan nyawa, menurut kata Doktor.

Setelah bersetuju ibu menandatangani surat yang menyatakan pihak hospital tidak menjamin apa-apa sekiranya berlaku kes yang tidak diingini. Ayah dibawa ke bilik pembedahan pada jam 3.45 petang dan aku menunggu serta berdoa semoga ayah dipermudahkan urusannya. Pada jam 6.35 petang hati aku sedikit lega selepas ayah dibawa keluar dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya. Aku segera berjumpa Doktor untuk mengetahui perkembangan ayah seterusnya.

Doktor memberitahu ayah akan sedar dalam masa 2 hari mengikut ramalannya. Sekali lagi aku sebak, ayah koma dalam masa 2 hari.

Ya Allah Engkau Ampunkan Dosa HambaMu itu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...