Monday, October 8, 2012

Perkembangan Ayah

Assalamualaikum w.b.t..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hari ini sudah pun 5 hari berlalu, ayah terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Aku sememangnya tidak sabar menanti berita gembira itu apabila aku sampai ke Hospital. Aku merasa tenang mendengar ayah sudah hampir sedar. Aku pulang dari tempat kerja pada pukul 4.30 petang terus ke Hospital tanpa memikirkan hal anak yang masih dijaga oleh adik.

Aku dikhabarkan bahawa ayah telah pun dipindahkan ke wad biasa memandangkan ayah sudah separuh sedar. Sampai aku di sana dari jauh aku melihat kelibat saudara mara aku yang telah berada di situ. Mereka sama-sama memberi sokongan dan dorongan yang kuat kepada ibu untuk terus bersabar. Kedengaran tangisan kecil daripada ibuku kerana sebak melihat keadaan ayah yang selalu teriak untuk melepaskan diri.

Alhamdulillah..Syukur padaMu Ya Allah...

Doktor yang mengarahkan misi untuk mengikat tangan dan kaki ayah supaya tidak banyak bergerak. Air mata tiba-tiba menitis kembali melihat keadaan ayah. Aku tidak dapat membayangkan keadaan ayah yang menanggung kesakitan itu.

Sama-sama kita mendoakan supaya ayah cepat sembuh dan kembali seperti biasa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...