Mengikut pendapat jumhur ulamak
termasuklah imam Asy-Syafi'i sendiri, membaca Al-Fatihah di dalam solat
bagi makmum adalah satu rukun daripada rukun-rukun solat. Ini bermakna
tidak sah solat makmum itu jika ia berkesempatan membaca Al-Fatihah
tetapi ditinggalkannya dengan sengaja.
Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah
SAW bersabda: "Tidak ada solat (tidak sah) bagi sesiapa yang tidak
membaca Surah Al-Fatihah". Ini berbeza dengan pendapat imam Abu Hanifah
yang tidak mewajibkan makmum membaca surah Al-fatihah. jika anda membaca
agak lambat dan imam pula agak pantas sehingga anda tidak sempat
menghabiskan surah Al-Fatihah. Dalam hal ini sekiranya imam telah rukuk
anda merasakan anda boleh menghabiskan surah Al-Fatihah sebelum imam
sujud, maka hendaklah anda menghabiskanya.
Jika anda rasa tidak sempat berbuat
demikian, maka anda hendaklah rukuk bersama imam kerana bacaan imam akan
dikira sebagai bacaan makmum seperti juga kedudukannya orang yang
masbuk. Ini kerana dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan Rasulullah
SAW pernah menjelaskan: imam itu dilantik untuk diikuti oleh makmum
sekiranya ia rukuk maka hendaklah anda semua rukuk dan sekiranya ia
sujud maka hendaklah anda semua sujud. Bagaimanapun bagi sesetengah
ulamak Syafi'i seperti imam Nawawi orang terlibat luput rakaat pertama
dan ia dikehendaki menambah rakaat yang luput itu diakhir solatnya.
0 comments:
Post a Comment