Saturday, November 20, 2010

Dunia Baru



Assalamualaikum W.B.T

16 November 2010 merupakan hari yang bersejarah bagi aku sekeluarga kerana lahirnya insan baru ke dunia ini. Aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel seberat 2.90kg pada jam 6.30 petang sehari sebelum menyambut Aidiladha.


~Alhamdulillah~

Bersyukur ke hadrat illahi di atas kurniaan yg telah kau berikan kepada kami..
Cucu sulung bagi kedua2 buah keluarga..
Terutama sebelah keluarga Badri belum mempunyai anak perempuan..
Jadi terubat la hati seorang nenek ngan datuk yang ingin mempunyai anak perempuan..
Insyaallah nama diberi Nur Khairunnisa binti Khairul Badri..

Aku tak kisah nama macam orang dulu2 pun..
Asalkan maksudnya baik2...
Seperti korang tahu maksud dia cahaya sebaik2 wanita..
Aku akan memberi didikan yang terbaik untuk si kecil ini..
Kata orang menjaga anak perempuan lagi susah daripada menjaga anak lelaki..

Dunia yg semakin mencabar ni tidak kira lelaki atau perempuan
 semuanya sama untuk menjaganya...
Sebenarnya bergantung kepada ibu bapa tu sendiri, 
kalau mereka ajar anak2 mereka dgn baik terutama didikan agama dari kecil
ia tidak menjadi masalah...

aih..macam karangan bahasa melayu plak aku duk karang..
hahaha...
nanti la aku upload latest punya pic anak aku

~bye bye~


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...