Sunday, January 1, 2012

Kata - Kata Motivasi

Kata - Kata motivasi penting mendorong seseorang melakukan sesuatu dengan lebih bersemangat.


-Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

-Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

-Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

-Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapinya.

-Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa kerana anda masih mempunyai masa depan.

-Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

-Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

-Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

-Tanpa permulaan anda tidak akan sampai ke mana-mana.

-Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

-Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

-Selagi kita mencuba dan berusaha selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

-Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

-Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam- dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.

-Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

-Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

-Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

-Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. 

-Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...