Tuesday, May 15, 2012

Puasa Sunat Hari Selasa..Pelik Ke??

Alhamdulillah dah nak hampir waktu berbuka...

Hari ni Selasa, Insyaallah selamat puasa suami aku...

Tak pelik pun nak puasa hari apa-apa sebenarnya. Semalam hari isnin tak nak puasa plak kan. Semalam badri dah nak puasa lupa plak die ada game badminton petang tu, malas la agaknya kot.

Jadi hari ni die temankan aku berpuasa, aku macam biasalah puasa ganti confirm tak habis lagi. Penat betul puasa hari ni dengan cuaca panasnya, dugaan betul la. Harap Abg tak berbuka puasa la, dalam kepala macam2 duk fikir nak makan apa berbuka nanti.

Baru sikit puasa, nanti bulan ramadhan sebulan kita berpuasa tau la macam mana rasa dengan cuaca yang panas sekarang ni.

Bulan Rejab tak lama lagi, nanti mai la sama2 kita puasa sunat bulan rejab. Banyak betul pahala puasa sunat bulan rejab nanti tau.


Sunday, May 6, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Salam semua yang terbukak laman blog ni...

Hari ni hari Ahad 6 Mei 2012, kalau diikutkan perancangan asal, aku ada di Negeri Johor hari ni dan semalam. Semalam majlis perkahwinan member aku Marha Hamzah, aku tak dapat hadir majlis tu. Oleh kerana ibu mertua aku telah dimasukkan ke hospital seminggu yang lepas aku terpaksa batalkan semua perancangan tu. Aku dah siap booking bilik kat sana, tapi tak mengapa kesihatan ibu bapa lebih penting dari tu. Mak aku disyaki mengidap penyakit Tibi. Alhamdulillah penyakit tu tak ada sebenarnya, hanya disyaki sahaja. Apa-apa pun tahniah buat Marha yang telah berjaya melangsungkan majlis korang tu. 

Satu lagi masalah yang memang tak dapat nak selesaikan hari ni, iaitu masalah keboringan yang amat. Maklumlah semalam hari wesak, jadi cuti digantikan hari ahad. Ya Allah, boring sangat2 tak tahu nak buat apa, kalau diikutkan boleh tidur dari pagi sampai ke petang nih, dengan cuaca yang agak mendung sedikit. Jadi,aku tulis la apa aku nak tulis kat blog aku ni. Kalau ada orang baca mesti orang cakap cerita yang tak tahu apa bende pun. apa pun tak boleh...huhuhu...

Biar la..blog aku, suka hati aku la nak merepek apa pun. hahaha...ermm...petang ni pegi hospital melawat mak aku. ok la...chow dulu la...

Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...