Sunday, May 6, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Salam semua yang terbukak laman blog ni...

Hari ni hari Ahad 6 Mei 2012, kalau diikutkan perancangan asal, aku ada di Negeri Johor hari ni dan semalam. Semalam majlis perkahwinan member aku Marha Hamzah, aku tak dapat hadir majlis tu. Oleh kerana ibu mertua aku telah dimasukkan ke hospital seminggu yang lepas aku terpaksa batalkan semua perancangan tu. Aku dah siap booking bilik kat sana, tapi tak mengapa kesihatan ibu bapa lebih penting dari tu. Mak aku disyaki mengidap penyakit Tibi. Alhamdulillah penyakit tu tak ada sebenarnya, hanya disyaki sahaja. Apa-apa pun tahniah buat Marha yang telah berjaya melangsungkan majlis korang tu. 

Satu lagi masalah yang memang tak dapat nak selesaikan hari ni, iaitu masalah keboringan yang amat. Maklumlah semalam hari wesak, jadi cuti digantikan hari ahad. Ya Allah, boring sangat2 tak tahu nak buat apa, kalau diikutkan boleh tidur dari pagi sampai ke petang nih, dengan cuaca yang agak mendung sedikit. Jadi,aku tulis la apa aku nak tulis kat blog aku ni. Kalau ada orang baca mesti orang cakap cerita yang tak tahu apa bende pun. apa pun tak boleh...huhuhu...

Biar la..blog aku, suka hati aku la nak merepek apa pun. hahaha...ermm...petang ni pegi hospital melawat mak aku. ok la...chow dulu la...

Salam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...