Software yang diperlukan
- PeToUSB
- BootSect
- usb_prep8
Langkah Pertama: PeToUSB
- Format USB drive menggunakan PeToUSB. Buka PeToUSB dan pastikan pilihan-pilihan berikut:
- Destination Drive: USB Removable
- Enable Disk Format
- Quick Format
- Enable LBA (FAT 16X)
- Klik pada butang Start untuk format USB drive.
- Klik butang Yes pada kedua-dua window yang keluar.
- Setelah proses format USB drive selesai, mesej window “Operation Completed Successfully” akan keluar, klik OK pada window tersebut.
Langkah Kedua: BootSect.exe
- Buka CMD dan terus taipkan path bagi folder bootsect. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip:
cd C:\usb-windows\bootsect\
- Kemudian, taipkan:
bootsect /nt52 H:
- Ambil perhatian bahawa H: adalah drive letter bagi USB drive komputer ini. Gantikan H: dengan drive letter bagi USB drive anda. Kemudian, tekan Enter, dan tunggu hingga proses selesai.
Langkah Ketiga: usb_prep8.exe
- Buka CMD dan terus taipkan path bagi folder usb_prep8. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip:
cd C:\usb-windows\usb_prep8\
- Kemudian, taipkan
usb_prep8
- Pengenalan kepada usb_prep8 akan dipaparkan. Tekan apa-apa butang pada keyboard.
- Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
- Sekarang, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM dan ikuti langkah seterusnya.
- Taip 1 dan tekan Enter. “Browse for Folder” akan dipaparkan, pilih CD-ROM Windows XP (atau CD Windows XP yang telah slipstream dengan driver SATA) klik butang OK.
- Taip 2 dan tekan Enter. Masukkan apa-apa drive letter yang belum digunakan (sekiranya T: belum digunakan, masukkan T sebagai drive letter yang akan digunakan sebagai Virtual Drive)
- Taip 3 dan tekan Enter. Masukkan drive letter bagi USB drive tadi. Oleh kerana USB drive komputer ini berada pada H:, jadi taipkan H.
- Taip 4 dan tekan Enter. Kemudian taip Y dan tekan Enter untuk format USB drive dengan FAT 32.
- Tekan apa-apa butang keyboard pada “Creating LocalSource on Temporary Drive”. Tunggu hingga selesai.
- Tekan apa-apa butang keyboard pada “Making of LocalSource folder $WIN_NT$.~LS Ready”. Tunggu hingga selesai.
- Klik Yes pada “Copy To USB-Drive – Start File Copy”
- Klik Yes pada “Change Migrate.inf – USB-stick”
- Klik Yes pada “Unmount Virtual Drive”
- Akhirnya, USB drive anda kini telah sedia dengan Windows XP di dalamnya.
Install Windows XP Menggunakan USB Drive
- Sekarang, gunakan USB drive ini untuk install Windows XP. Masukkan USB drive pada komputer, dan pastikan boot sequence telah ditetapkan kepada USB HDD atau USB ZIP.
- Taip 2 dan tekan Enter, iaitu “TXT Mode Setup Windows XP, Never unplug USB-Drive Until After Logon”
- Buat partition mengikut pilihan anda sehingga selesai, dan komputer akan restart.
- Taip 1 dan tekan Enter, iaitu “GUI Mode setup Windows XP, Continue Setup + Start XP”
- Teruskan proses install Windows XP kemudiannya seperti biasa.