Saturday, February 25, 2012

Kisah Addawiaah & Talib

Assalamualaikum w.b.t...

Aku ada satu cerita agak sedih jugak untuk dikongsikan. Semalam baru sahaja pergi melawat seorang sahabat yang sama belajar semasa di Universiti dulu. Cerita dia begini, aku panggil sahabat aku dengan nama Areda, dia memang seorang yang periang, ceria, aktif, mesra dan lain2 la. Suatu hari tu, aku terkejut dengar khabar dari seorang member yang lain yang bertanyakan pasal Areda ni. Aku tertanya2 jugak apa masalah Areda sekarang ni?? Sebelum tu aku pernah jumpa dengan suaminya di hospital tapi tak sempat nak bercerita panjang sebab masing2 berkejar, adik aku pun masuk wad jugak time tu. 

Selepas tu aku try call Talib (husband Areda) pagi2 lagi. So, dari itu la aku baru tahu cerita yang sebenarnya. Ya Allah..hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan Areda dan Talib masa ni. Aku diberitahu bahawa Areda mengalami sakit buah pinggang yang agak teruk, kedua-dua buah pinggangnya sudah pun rosak. Yang lebih mengejutkan lagi Areda diberitahu oleh doktor yang beliau sebenarnya sudah sakit buah pinggang ni 10 tahun yang lalu tapi tiada kesan apa-apa sebelum ni.

Areda mendapat tahu penyakit ni semasa pregnant 4 bulan. Alahai..tak tahan aku sebak mendengarnya..Selepas tahu penyakit tu, Areda selalu pergi cuci kat hospital berdekatan dengan rumahnya. Peristiwa yang paling sedih buat Areda dan Talib mungkin la setelah Areda melahirkan seorang bayi perempuan cukup sifat, sampai due date die tetapi hanya hidup di dunia ni setengah jam sahaja. Talib pun tak tahu apa sebab kematian puterinya itu. Aku beranggapan sahaja mungkin Areda selalu pergi cuci buah pinggang dia tu semasa pregnant dulu ada kesan sedikit sebanyak tapi tu semua ketentuan Allah swt untuk menguji hambanya supaya sentiasa redha kepadanya serta sahabat2 lain sentiasa mengingati-Nya.

Semasa aku datang melawat Areda di wad ICU aku tak tahan sebak apabila melihat Areda menitiskan air mata. Aku takut melihat Areda dengan seluruh tubuh dan muka dijangkiti jintungan yang berbintik2 hitam. Wajah Areda nampak lain sangat tidak seperti biasa.Aku sentiasa berdoa supaya Areda kuat semangat dan tabah menghadapinya semua ni. Suami Areda talib sangat menyayangi Areda siang dan malam menjaga Areda di hospital. Maklumlah Areda pun anak yatim piatu, mak ayah dah meninggal dunia, adik-beradik pun jauh nak berulang-alik ke hospital. 

Selama hampir sebulan Areda berada di hospital, baru je aku mendapat berita daripada Talib Areda sudah beransur pulih. Aku mengucapkan Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan berkat doa sahabat2 yang lain Areda sudah beransur pulih. Aku mengharapkan Areda hidup seperti sediakala, kerana Areda seorang yang ceria dan mesra dengan semua orang.Perkembangan terkini aku belum ketahui lagi.
Insyaallah aku akan sentiasa roger2 dengan Talib.

~Alhamdulillah~






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...