PENGERTIAN SOLAT
· Solat dari segi bahasa bermaksud doa
atau doa dengan sesuatu kebaikan.
· Dari segi syara‘, solat bermaksud
perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.
· Perkataan-perkataan di dalam
sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
sebagai rukun qalbiyy.
Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
sebagai rukun qalbiyy.
WAKTU SEMBAHYANG
· Waktu sembahyang fardhu lima waktu
iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan
terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu
itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui
sabdanya yang bermaksud:
“Jibril telah
mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika
tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama
panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’
ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada
keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika
bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang
sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa
dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi.
Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau.
Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”
Secara terperincinya,
waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:
1. Waktu Zuhur
bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada
tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai
sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah
barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang
dengannya.
2. Waktu ‘Asar (solat
al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu
benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang
paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
4. Waktu ‘Isya’
bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah)
dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik
fajar.
5. Waktu Subuh
bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari
(syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang
ufuk.
WAKTU-WAKTU YANG
DITEGAH MELAKUKAN SOLAT
Terdapat lima waktu
yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan
sembahyang di dalamnya, iaitu:
1. Selepas sembahyang
Subuh hingga terbit matahari.
2. Semasa naik
matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya
matahari.
3. Waktu matahari
tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).
4. Selepas sembahyang
‘Asar hingga terbenam matahari.
5. Waktu matahari
kekuningan sehingga terbenam.
Tegahan untuk
melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada
jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:
1. Semua sembahyang
yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang
sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.
2. Sembahyang yang
sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.
Semua sembahyang ini
jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat
ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang
yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:
1. Sembahyang yang
mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput
(qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.
2. Sembahyang yang
mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf
(gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).
3. Sembahyang Jumaat
ketika matahari tegak.
4. Sembahyang di
Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.
Selain daripada
waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan
sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki minbar masjid untuk
membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada
kedua-duanya.
0 comments:
Post a Comment