Friday, December 28, 2012

@Crepe Durian@

Assalamualaikum...w.b.t

Hurmm..crepe durian? Sekarang makanan paling popular dikalangan orang yang suka makan buah durian.
Aku sendiri tak pernah makan sebelum ni...tapi bila ber'facebook' ada je cerita member2 pasal kuih ni. Kalau dah start seorang yang duk cerita keenakan kuih ni pasti ada yang menyusul.
........Sedap ke???
memang sedap la bro...tak try tak tahu...Baru je aku tempah crepe durian dengan member yang menjual kuih ni..mahal kot bagi aku, kalau beli buah durian sebiji rm10 dah berapa ulas kat dalam tu...ni beli rm10 ada 5 biji ciput je isi durian yang dibuat inti tuh...

Orang cakap kalau makan lekat celah gigi je, tapi sedap punya pasal aku tak heran...Makan sampai menjilat jari. nyum nyum nyum...

~haa, nampak sedap tak~




~gambar zoom~
 
Itulah crepe durian yang popular sangat tuh...rugi kalau tak rasa dulu. Ada rasa macam makan ais krim je. Kalau nak buat ni senang je kot tapi cik las (malas) tu ada susah la.hahaha....

Sunday, December 16, 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan (1) Sekolah Berasrama Penuh 2013


Semakan boleh dibuat DI SINI.

Tahniah kepada yang berjaya.

Wednesday, December 12, 2012

Perkara Yang Membatalkan Solat


PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.

2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.

3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:

a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.

b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.

c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.

d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.

e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.

4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:

a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.

b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.

c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.

d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.

e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.

f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.

6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.

7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

Semakan Keputusan Ujian Bertulis SMA Negeri

Semakan boleh dibuat mulai sekarang untuk menduduki ujian bertulis ke SMA Negeri (Berasrama Penuh).

Klik Semakan Tawaran di sini.

Semoga Berjaya!

Monday, December 10, 2012

Semakan Keputusan DPLI-SR j-QAF 2013

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya ditempatkan ke mana-mana IPG.

Semakan boleh dibuat DI SINI.

Tuesday, December 4, 2012

@HoLiDaY@

Assalamualaikum...w.b.t

Sudah agak lama juga tak update blog ni...
Mesti dah penuh dengan sarang labah2 ni...hehe
Sudah lama juga aku tak pergi bercuti ye..
Kali ini aku pergi ke Pulau Langkawi lagi..

Aku bertolak dari rumah pada pukul 4.00 pagi hari rabu 14.11.2012..
Awal kan? haha..aku dah plan nak naik feri dalam pukul 2petang...
Alhamdulillah perjalanan kami lancar...
Aku menginap di Hotel Grand Continental selama 3hari 2malam..

~Anis yang serius sokmo, dalam bilik Hotel~

~tepi kolam, berlagak betul si ayah ni~

Si Anis ni selalu sebut kolam tu koyam...kelakar betul la..masuk bilik je nak koyam..hehe..

~kat cable car~


Masa ni berada di Oriental Village, rugi sangat time ni pasal tak dapat naik cable car. Punya la panjang beratur untuk beli tiket. Aku memang tak sanggup nak beratur beli tiket, jadi cukup la untuk bergambar sebagai kenangan.

~alahai..seronoknya anis tengok ikan yg banyak~ 

~masa ni ada pertunjukan~

~dikelilingi ikan atas dan bawah~

~hehe..anak je bergambar, ibu pun nak juga~
 Dapat juga Anis pegi Underwater World nak tengok ikan-ikan besar. Musim cuti sekolah memang ramai sangat orang pegi bercuti ni, nak masuk pun sampai sesak.


~pagi lagi nak bergambar ngan helang~

~dah dapat helang~

~seronok~
Akhirnya...kali kedua Anis ke Pulau Langkawi ni. Tunggu besar sikit lagi seronok bawak p jalan2. Dah pandai meminta nak itu ini, walaupun rase geram pun ada tetapi biasalah anak kecil meragam mesti layan habis la.

~bye-bye~



Masa ni on the way nak balik ke kampung, tapi bermalam satu malam kat Palm Inn di Pulau Pinang. Memang tak sempat nak balik terus pasal kena drive kat Gerik pada waktu malam. Kitorang memang tak berani drive malam kat Gerik. Kata orang ada gajah melintas kot, tak pun makhluk lain nak menumpang ke..hehe..bergurau je..

Sekian saja cerita percutian kami.



Monday, December 3, 2012

Rukun-Rukun Solat


Rukun Solat

1)      Niat.
2)      Takbiratul Ihram.
3)      Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
4)      Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5)      Rukuk dengan toma`ninah.
6)       I`tidal dengan toma`ninah.
7)      Sujud dua kali dengan toma`ninah.
8)      Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah.
9)      Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah.
10)  Membaca tasyahud akhir.
11)  Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir.
12)  Membaca salam yang pertama.
13)  Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.


1)      Niat

Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai(makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala.”

iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala.”

v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala.”


2)      Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, telentang atau dengan isyarat

Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram. Misalnya solat yang akan di kerjakan subuh, maka niatnya itu solat subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram). Begitulah seterusnya.


 
3)      Takbiratul Ihram

 Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan  takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati. Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dalam gambarajah). 


Takbir permulaan ini di namakan TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir untuk perpindahan dari satu gerakan  ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat sujud).

4)      Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

Membaca surah al-Fatihah.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 ) مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 ) اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukanlah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


5)      Rukuk dengan toma`ninah.

Rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah(tempat sujud). Dalam keadaan rukuk ini kita hendaklah membaca tasbih iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.



6)      I`tidal dengan toma`ninah

Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membacaTASMI’ iaitu:

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
Allah mendengar orang yang memujinya.

Ketika berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.


7)      Sujud dua kali dengan toma`ninah

Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal :ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.
Hendakhlah membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut :

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.


8)      Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah

Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi. Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).
Ketika duduk seperti ini kita membaca :-

رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

“Ya Allah ! ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku , dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku dan berilah keampunan padaku..”


9)      Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah

Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak  dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan .


10)  Membaca tasyahud akhir

Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan). Bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد.

Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.


11)  Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وعلى آلِ مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.
dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.


12)  Membaca salam

Setelah selesai membaca tahiyyat akhir, kemudian kita memberi salam , iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu :

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.



13)   Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...