PERKARA YANG MEMBATALKAN
SOLAT
Sembahyang akan terbatal
apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada
perkara-perkara berikut:
1. Percakapan yang
disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu
sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak
difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
2. Melakukan perbuatan
atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
3. Gugur salah satu daripada
syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
a) Berlaku hadath sama
ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali
hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.
b) Terkena najis yang
tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa
sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah
yang paling minima.
c) Aurat terbuka secara
sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya
serta merta.
d) Dada terpesong
daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e) Orang yang
bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.
4. Berlaku kepincangan
pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
a) Mengubah niat dengan
berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang
dengan sesuatu perkara.
b) Syak pada niat,
takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.
c) Merasa ragu-ragu atau
syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.
d) Sesuatu rukun
diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘
secara tama’ninah.
e) Menambah mana-mana
rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.
f) Memanjangkan rukun
yang pendek dengan sengaja.
5. Makan dan minum semasa
sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
6. Ketawa, berdehem,
menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan
bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.
7. Murtad walaupun dalam
bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
0 comments:
Post a Comment