ASSALAMUALAIKUM
W.B.T...
Alhamdulillah
dah lepas pun temuduga untuk jawatan pembantu makmal gred C17. Pada hari
selasa, 12 Ogos 2014 baru2 ni dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.
Perkongsian sikit banyak pengalaman temuduga dengan SPP. Waktu sebenar temuduga
adalah pukul 10.00 pagi tapi masuk dalam pukul 12 tghari lebih jugak la.
Ada
4 jawatan sekaligus masa tu, pembantu tadbir, penyelia asrama, driver dan
pembantu makmal. Ok abaikan, jawatan pembantu makmal ni masuk by group adalah
dalam 5 orang. Group aku yg second last tinggal 8 orang, so 4 orang 1 group.
Sebelum
tuh nak pesan dokumen yang spp mintak tolong la lengkapkan dan susun elok2
dalam file folder.
p/s:kalau
tak ikut prosedur ni tak pasal2 mood nak interview tu hilang sebab kena marah
dgn urusetia spp.*garang betul..hehe
Antara soalannya:
1).
Perkenalkan diri, background family, study dan pengalaman kerja.
2).Nyatakan
kenapa kami harus mengambil anda bagi menjawat jawatan ini. Yakinkan kepada
panel bahawa anda bla..bla..bla...
3).
Nyatakan Prinsip Rukun Negara.
4).Nyatakan
Ibu Negara bagi 3 negara tersebut..(Asia je…cth:Brunei..Thailand..Filipina)
5).Nyatakan
Tugas Pembantu Makmal.
p/s:masa ni cuba la banyak sikit bercakap, promote diri yang anda memang minat dengan jawatan ni. Kalau dapat panel spoting, dia akan bagitahu tak payah nak cakap skema2 sangat lah..santai2 je..biar friendly..