Saturday, January 28, 2012

Cameron Highlands


Salam...

Sekali lagi kami ke Cameron Highlands...
hehehe...
jalan2 saje kali ni...
tahun baru duit lebih cket..
hahahaha...
takde maknenya duit lebih...
tak cukup ada la...

~punye la jem jalan nak ke simpang pulai~
Maklumlah masa ni cuti hari raya cina..
Banyaknye kereta tu Tuhan saja yang tahu...
dari pagi sampai petang baru sampai..
sepatutnya dari KL ke Cameron adalah dalam 4 jam gitu...
Kalau dah turun kul 8 pagi sampai2 4 petang
apa tak penatnya yer..
nasib la Anis tak buat hal dalam kete...
sabar je lah...

~tersenyum sampai pipi dah boleh makan2~
 ermm...Anis pun nampak dah tak sabar tuh...

~lapar sangat2 tapi hati tetap happy~

boleh tahan jugak la makanan kat sini...sedap sangat...tak cukup daaa...
tengah2 lapar sume jadi...



~baru nak turun gi jalan2~




~muka bersih lagi time ni~

~cik hasmim~



~cik hasmiza~



~pokok kaktus banyak sangat, cantik~



~yg dalam kedai tu sibuk duk membeli~



~tak control pun~



~ini lagi la tak control tau..hahaha~


~my hubby~



~cik za mesti penat dah duk pegang Anis ni~




~cantik-cantik bunga kat tempat tu~

~kat ladang teh, beli teh banyak2 wat balik~

last tempat pegi kat ladang teh...
matahari tengah naik aku duk pi sana..
ape daa...
pastu beli la sedikit sebanyak teh2 cameron ni...
boleh la bagi kat member2, saudara-mara kat Terengganu...

~Selamat Tinggal Cameron Highlands~







Sunday, January 1, 2012

Kata - Kata Motivasi

Kata - Kata motivasi penting mendorong seseorang melakukan sesuatu dengan lebih bersemangat.


-Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

-Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

-Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

-Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapinya.

-Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa kerana anda masih mempunyai masa depan.

-Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

-Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

-Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

-Tanpa permulaan anda tidak akan sampai ke mana-mana.

-Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

-Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

-Selagi kita mencuba dan berusaha selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

-Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

-Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam- dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.

-Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

-Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

-Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

-Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. 

-Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...