Monday, August 13, 2012

Alhamdulillah...Rezeki Anak!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini aku rasa bagaikan mimpi lagi setelah semalam mendapat panggilan telefon daripada seorang Kontraktor pembinaan rumah mesra rakyat yang aku mohon sebelum ini. Petang semalam En. Azlan yang menandatangani kontrak pembinaan rumah tersebut telah melawat tapak pembinaan rumah itu.

Aku terkejut kerana surat perjanjian yang kami tandatangani dulu masih belum sampai sedangkan En. Azlan datang menyatakan dia hendak membina rumah itu dalam masa terdekat ini. Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat illahi kerana Engkau telah melimpahkan rezeki kepada kami anak beranak.

Tetapi aku sedikit kecewa kerana rekabentuk yang telah ditetapkan itu bukan pilihan kami. Kata En. Azlan rekabentuk ini adalah yang terbaru dengan keluasan 1000kps berbanding sebelum ini 800kps lebih. Walaupun begitu, kos pembinaan tersebut semakin berkurang adalah lebih kurang rm 10,000 lebih.

Kalau difikirkan semula dengan kos yang rendah, pembinaan itu adakah elok atau tidak? Mestilah tidak elok kalau diperhatikan dengan rekabentuk yang semakin 'simple'. Aku banyak mendengar komen-komen penghuni rumah tersebut tidak berpuas hati dengan struktur pembinaan itu.

Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana bukan mudah untuk mendapatkan rumah pada zaman sekarang. Kehidupan aku yang bersederhana ini cukuplah kami anak beranak memiliki rumah mesra rakyat yang tak berapa mesra alam ini.

Sekian, Papaiiii.............   














0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...