Saturday, September 1, 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Sebulan sudah berlalu bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak yang begitu indah buat semua umat Islam diseluruh dunia. Alhamdulillah kita masih merasai dan menikmati kemeriahan bulan syawal ini bersama orang yang tersayang.

Takziah juga kepada mereka yang kehilangan orang yang teristimewa ketika menyambut bulan yang mulia ini. Setiap yang hidup itu pasti kembali kepada-Nya dan bersyukur kita kepada Illahi dengan kebahagian yang kita kecapi hari ini.

Tahun ini, perayaan kami tidaklah begitu indah seperti orang lain kerana anakanda kami demam seminggu. Sayu hati apabila melihat tingkah laku Anis yang tengah sakit. Semua ni dugaan yang Allah berikan pada kami, tetapi gambar-gambar kenangan tetap kami ambil untuk disimpan.

~Di Pagi Hari Raya~

Semua ni gambar ahli keluarga aku yang seramai 11 orang. Sekarang ni memang tak nampak meriah lagi sebab mereka ni masih kecil, nanti dah berumahtangga semua meriah la rumah Tok Ma Anis. Anis nampak seperti tidak bermaya dalam gambar ni. Kesian sungguh si Anis ni.


~Hari Raya ke-3~
Gambar kenangan bersama keluarga sebelah suamiku, masing-masing dah mempunyai anak seorang kecuali yang bongsu masih belum berkahwin lagi. Aki dan Nek Ma dah mempunyai 3 orang cucu yang umur sebaya.
Kami berharap umur kami panjang dan dapat beraya lagi pada tahun hadapan. Insyaallah.
Assalamualaikum.Sekian.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...